Wednesday, June 2, 2010

Teknologi Cahaya dari Allah Mendahului Manusia!




Al-Quran adalah kitab terulung yang diturunkan oleh Allah kepada junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Bila berbicara tentang al-Quran, aku teringat satu ceramah oleh JAIS di GIATMARA Sri Aman tahun lepas.

Betapa besarnya peranan al-Quran sebagai panduan hidup sehingga persoalan teknologi komunikasi terungkai dalam al-Quran. Cahaya! Ya, cahaya adalah medium perhubungan yang Allah telah implikasikan dalam penurunan wahyu kepada rasul-rasul-Nya. Secara logik, cahaya adalah sesuatu yang bergerak paling pantas di dunia ini waima dalam ruangan vakum sekalipun.

Jibril a.s adalah malaikat penyampai wahyu. Bayangkan betapa jauhnya jarak dari langit Allah, wahyu (mesej) dapat disampaikan dengan cepat kepada rasul-rasul Allah. Signifikannya, malaikat diciptakan dari cahaya adalah medium yang digunakan Allah untuk menyampaikan mesej (wahyu).

Sepertimana definisi cahaya dari wikipedia;

Cahaya merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat. Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat.


Cahaya adalah ciptaan Allah!

Jadi hubungkait pada zaman ini dapat dilihat dalam komunikasi moden. Betapa seseorang yang berada dalam jarak yang jauh boleh dihubungkan dalam sekelip mata. Melalui teknologi cahaya!
Sebagai contoh, SMS yang dihantar mampu sampai dalam beberapa milisaat sahaja walaupun jaraknya beribu batu sekalipun. MasyaAlllah, besarnya kuasa Allah! Bukan kuasa manusia!


SMS adalah komunikasi termudah masakini.

Kelajuan cahaya menjadikannya sangat releven untuk komunikasi. Sebagai contoh, diberikan ukur lilit bumi pada ketinggian 40,075 m dan c, masa terpendek yang diperlukan untuk maklumat malalui separuh glob adalah .067 saat.

Telah diketahui bahawa kelajuan cahaya adalah lebih perlahan di dalam gentian optik dan garisan lurus jarang muncul dalam situasi komunikasi, masa yang diperlukan untuk ping dari Australia atau Jepun ke AS dari komputer ke komputer adalah lebih kurang .250 saat. Kelajuan cahaya juga memberi kesan kepada komunikasi tanpa wayar.


Pergerakan data dalam komunikasi media kini digarapkan dalam cahaya. Penggunaan kabel fiber optik adalah berasaskan cahaya. Malahan teknologi infrared, bluetooth dan yang lainnya, dalam bentuk gelombang, semuanya kerana cahaya yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar kita.


Aplikasi masa kini, didorongi dengan cahaya.

Justeru, pengunaan instant messaging application yang ada kini seperti Yahoo Messenger, Skype, MSN Messenger dan yang lainya, memungkinkan manusia berhubung dengan suara dan visual dari webcam! Alhamdulillah, apa yang pernah saya fikirkan dahulu dah jadi kenyataan.


Teknologi menguntungkan tetapi adakalanya disalahgunakan.

Cuba fikir sejenak kenapa kadangkala ketika menonton Astro di rumah, tatkala awan tebal dan gelap berada di kawasan kita, berlakunya kehilangan siaran? Sudah tentunya cahaya dari satelit tak mampu menembusi awan untuk sampai ke penerima gelombang di piring Astro kita!


Pasti ramai yang pernah alami masalah sebegini.

Wallahu'alam, aku rasa ustaz dari JAIS hari tu mampu menerangkan dengan lebih jelas tentang kebesaran Allah ini. Apapun, aku kagum dan bangga dengan keagungan kitab al-Quran kerana ia bukan sekadar kitab, ia adalah satu panduan hidup!

Just my 5 cents!

2 comments:

mr_abs said...

entry tok nang cool abis!

faizalexandaria said...

assalamualaikum,
anda tertinggal satu point yang sangat penting untuk disebut yang mungkin menyebabkan orang yang membaca posting ini keliru.

Cahaya bukan sekadar bersifat gelombang/wave.Tetapi juga mempunyai sifat-sifat tenaga.Tenaga ini dlam bahasa inggeris nya dipanggil sebagai photon.

Cahaya pada asasnya bukan sekadar gelombang seperti bunyi.Tetapi dia mempunyai gelombang yang bermanfaat pada manusia sehingga boleh diaplikasikan di dalam sistem telekomunikasi dsb.

Itulah dia gelombang elektromagnetik.

http://tseenshe.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails