Peminat JDM se-Malaysia. Info ini diambil dari laman web JPJ sendiri. Bagi peminat L5, L7, Classic dan yang sewaktu dengannya..
First sekali bukakan minda. Kita asyik jadi mangsa term "mengubah bentuk asal kenderaan".
Ini SAGA BLM ->>> Subaru Imprezza
JDM Lovers ::: Kelisa >> TR & Gino
Persoalannya sekarang, kalau berlaku front collision di jalan raya, mana satu antara kereta dan bodykit di atas akan hancur? Kenapa Perodua tukar ke JDM dikatakan salah walhal bertimbun bodykit fiber, tukar BLM ke macam-macam model, tukar Waja ke Evo?
Kancil JDM accident :: tak juga fender "sambung tu patah". Minor injury je..
Ambil perhatian pada perkara 4 & 5 untuk fight semasa roadblock.
4. Pengubahsuaian kecil pada 'radiator grilles','bonet' atau bentuk serta reka bentuk lampu-lampu.
5. Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan 'bumper' besar (sama ada jenis keluli atau gentian kaca) pada bahagian hadapan dan belakang.
Jadi, tiada istilah "Mengubah rupa bentuk asal kenderaan" yang boleh dikenakan.
Artikel ini dipetik berbunyi begini.
Antara pengubahsuaian atau pemasangan yang dibenarkan adalah yang tidak memberikan kesan kepada ciri-ciri,kestabilan dan keselamatan kenderaan seperti berikut :
1. Pemasangan 'air spoiler' di bahagian hadapan dan belakang.
2. Pemasangan 'side skirt','aerofoil' dan 'door visor' pada kereta.
3. Pemasangan 'protecting guards' pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
4. Pengubahsuaian kecil pada 'radiator grilles','bonet' atau bentuk serta reka bentuk lampu-lampu.
5. Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan 'bumper' besar (sama ada jenis keluli atau gentian kaca) pada bahagian hadapan dan belakang.
6. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
7. Pemasangan para bumbung.
8. Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu brek penunjuk arah (berwarna amber).
9. Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
10. Pemasangan pengadang angin,penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang motosikal.
Sumber : Web Portal JPJ
Sekali lagi, mana lebih tahan, besi yang diwelding untuk fender L5 atau fibre bodykit depan sebijik kereta? JDM Rulez!
Sila Print Artikel dari JPJ untuk rujukan semasa roadblock. Artikel di bawah ini:
Artikel Ubahsuai Kenderaan by JPJ
No comments:
Post a Comment