Post ini aku tujukan hanya untuk cikgu kat atasni je... Yang lain tu aku salute sebab sudi datang mencurahkan ilmu pada anak watan Sarawak... Semoga Allah balas semua jasa korang dengan kebaikan!
Well, aku lahir dari mix marriage bukan dari bangsa tapi ayah asal dari Kelantan dan mak pulak dari Debak. So, toksahlah nak rasa die je dari luar. Well, sepengetahuan aku, kebanyakkan cikgu dan orang-orang Semenanjung yang duduk di Debak tak pernah nak persoalkan situasi di sini. Hello! Pergi sini, tak payah naik bot pun!
Kedudukan Debak adalah diatara persimpangan ke Spaoh dan Pusa. Dari jalan Pan-Borneo (jalan ok! bukan Highway!), 6 km ke dalam anda bakal menemui satu pekan tenang dan bukan deadtown yang diberitahu oleh si bedul tu. Ada pump station, Klinik Kesihatan, library, internet access, snuker, bengkel moto n kereta, kedai telefon, pasar basah, dan banyak lagi.
Pernah tak terfikir kenapa dalam google maps kawasan Debak tu gelap? Sebab Debak lah sebenarnya asal usul Harry Porter, Batman dan seluruh watak best dalam dunia ni.. Hahahaha... Eh, aku pun tahu jugak pasal filem kan.... Nak tahu sebabnya sebab kat sini masih ada black magic dan sesiapa yang tak tahan iman dan tak percaya pada tuhan akan semudahnya buat black magic kat sini.... Realiti dan hakikat.. tapi itu kisah dulu.... toksah cerita zaman p.ramlee pun.... zaman sekarang pun kat mana-mana ada black magic....
Back to topic lah!
Kehidupan kat sini aku rasa lebih baik dari apa yang digambarkan. Kat sini memanglah takde Pavi, takde pub and nightclub, takde tempat happening untuk chill-out tapi kalau si malaon tu dapat update blog, that's mean adelah internet connection untuk dia berkomunikasi. Belajarlah bertatih, ada sesuatu di sini yang ko takkan jumpa di KL. Aku duduk kat KL lebih seminggu pun aku tak tahan sebab udara yang out dan rutin hidup yang urghhhhh, malaslah nak cerita.
Kiranya ko harus bersyukur sebab diletakkan di Debak. Masih dapat cari makanan halal, masih dapat solat Jumaat, masih dapat dengar azan. Masih ada komuniti semenanjung yang aku rasa diorang pun tak setuju dengan kau... Kat sinilah peluang untuk kau ingat kat tuhan.. takde hiburan melalaikan.....
Berpijaklah ke realiti, terimalah kekurangan kami kerana satu saat bila ko pergi dari sini, kau akan merasakan kekurangan inilah yang menambahkan pengalaman hidup kau...
"Muka cantik, soalan bodoh yang ditanya..." Jangan jadikan kekurangan kami untuk kau letakkan diri kau sesuka hati untuk kata itu dan ini...
Mr. Steve dengan anaknya pun dapat terima kehidupan dan budaya kat sini. Siap mintak extend lagi untuk duduk di sini.
SMK Saribas, banyak yang berjaya asalnya dari sini...
Bakal bersambung....
No comments:
Post a Comment