Showing posts with label GIATMARA. Show all posts
Showing posts with label GIATMARA. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

New Intake 2012


Alhamdulillah. Intake baru untuk GIATMARA dah bermula. Too much to be told that this is a whole new breath untuk aku sebagai pendidik.

2012. Mungkin ada anjakan kerjaya untuk aku ataupun masih kekal seperti seadanya. Namun begitu, cabaran yang pasti adalah untuk membalas kepercayaan seluruh ibu bapa pelatih yang baru mendaftar bahawasanya keputusan mereka untuk mendalami ilmu di sini adalah yang terbaik.

Well, aku perlu jihad kecil dalam perjuangan kali ini. Membuang rasa ego, menepis sikap prejudis dan dalam masa yang sama berusaha mencari formula terbaik untuk menjadikan pembelajaran lebih baik. Tak guna jadi syok sendiri, pelatih minat gila tapi akhirnya mereka keluar dengan tin kosong. Aku cuba menghindarkan sifat populis dalam diri dan menjadi lebih matang. Matang dalam segala aspek. Yelah, umur dah nak jangkau 30 dah tahun ni.

Terlalu banyak yang harus aku simpan tapi aku yakin, dengan bersifat dan berfikiran positif, aku akan lebih bersedia menghadapi segala rintangan baru yang mungkin selama ini belum tersingkap dalam helaian catatan sejah l0h-mahfuz. Mungkin belum sampai INTERMISSION macam dalam cerita hindustan. Tapi harapan aku kali ini adalah penerimaan positif dari seluruh pelatih GIATMARA.

URGENSI diperlukan dalam masa ini. Aku tuntut pelatih aku jadi lebih aktif, lebih suka bertanya dan tidak pasif!

Kalau cikgu-cikgu GIATMARA di Malaysia pun boleh ada keinginan
untuk tahu yang tinggi, kenapa tidak pelatih?


Singkap punya singkap, aku mulakan perjalanan hari pertama kerjaya aku tanpa sebuah kereta dan lambakan kerja yang pastinya takkan pernah habis.

"memulakan hari pertama bekerja ini dengan senyuman di bibir..." - My FB status yang sebenarnya adalah motivasi diri mengurangkan bermasam muka dan membuang sifat tergesa-gesa.

Go Azha, It's a time for you to show who you are... Be strong coz they'll be more challenge upwards!

Tuesday, May 31, 2011

GIATMARA Sri Aman

GIATMARA telah mula bertapak sejak 25 tahun yang lepas di Malaysia. Kewujudan GIATMARA pertama di Jitra, Kedah menyaksikan perkembangan memberangsangkan ke hampir setiap Parlimen di Malaysia. Sehingga kini, sebanyak GIATMARA telah ditubuhkan dan di Sarawak sahaja, 7 GIATMARA baru akan memulakan operasinya Julai ini.

GIATMARA Sri Aman tersergam indah di Jalan Astana

GIATMARA Sri Aman, merupakan antara Pusat Latihan Kemahiran Vokasional di Bahagian Sri Aman selain GIATMARA Lubok Antu. Terdapat 2 kursus “soft-trade” ditawarkan di GIATMARA Sri Aman iaitu, kursus Teknologi Sistem Komputer dan kursus Solekan & Terapi Kecantikan.

Rutin Pagi di GIATMARA Sri Aman

Hubungan antara warga kerja dan bekal pelatih dalam menjayakan Gimik Sejiwa Senada Bahagian Sri Aman yang lalu.

Latihan sepenuh masa selama 6 bulan ini diperkukuhkan lagi dengan sistem GCPA (GIATMARA Competency Point Average) yang diperakui oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Pelatih yang terampil dengan markah yang cemerlang bakal memperolehi Sijil Professional GIATMARA di samping Sijil Kemahiran GIATMARA Malaysia sepertimana sebelum ini. Selain itu dalam tempoh 6 bulan, pelatih akan didedahkan dengan pembangunan portfolio sebagai bukti keterampilan mereka.

Pelatih Teknologi Sistem Komputer ketika menyiapkan tugasan dalam Modul Dokumen Multimedia

Latihan demi latihan akan menjadikan kemahiran sesuatu yang menyeronokkan.

Antara keistimewaan latihan di GIATMARA adalah elaun RM 1200 untuk tempoh 6 bulan. Ini bermakna, setiap pelatih bakal menerima RM 200 sebulan. Ini hanya dinikmati oleh pelatih sepenuh masa sahaja. Dalam masa yang sama, pelatih yang cemerlang boleh meneruskan peringkat pengajian mereka ke Program Artikulasi dimana ianya memberikan peluang kepada lepasan pelatih GIATMARA untuk memperolehi Diploma di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan seterusnya di peringkat Ijazah di Universiti Kuala Lumpur.

Pelatih dan Warga Kerja di Taman Panorama Benak sempena Aktiviti Hari Pengantin dan Hari Korporat GIATMARA Sri Aman

Dengan membawa konsep, “Kemahiran Menjamin Kehidupan”, asalkan mempunyai minat dan ketekunan mendalam, pelatih GIATMARA sebenarnya mampu untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Di GIATMARA Sri Aman, pelatih juga didedahkan dengan elemen Keusahawanan melalui Kursus Pembudayan Keusahawanan GIATMARA Malaysia. Melalui kursus ini, bekas pelatih akan berpeluang mengikuti latihan di Inkubator Usahawan dan menyertai Kelab Usahawan GIATMARA (KUG). Melalui program Inkubator, pembiayaan dan bantuan sehingga RM5,000 akan diberikan kepada pelatih yang mempunyai potensi menjadi usahawan yang boleh maju ke hadapan.

Pelatih Solekan & Terapi Kecantikan ketika latihan solekan.

Di dalam konteks latihan kemahiran di GIATMARA, pelatih yang berkebolehan akan dipilih untuk menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia dimana hanya mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi mampu untuk menyinar.

Tenaga Pengajar, Puan Sabrina Abdul Rahim (Tengah) bersama Mary Emelda (Kiri) dan Nur Ruhiya Amira (Kanan) dalam Pra-Kelayakan PKM di IKBN Pertak, Hulu Selangor.

Baru-baru ini seramai 6 orang pelatih GIATMARA Sri Aman telah menggalas nama Sarawak untuk menyertai Pra-Kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia. Seramai 4 orang pelatih Teknologi Sistem Komputer telah menyertai pertandingan dalam kategori berasingan iaitu IT Network Administration, IT Software Solution for Business dan Web Design yang diadakan di CIAST,Shah Alam, Selangor. Manakala 2 orang lagi pelatih Solekan & Terapi Kecantikan telah menyertai kategori Beauty Therapy di IKBN Pertak, Hulu Selangor. Peserta pertandingan telah diiringi oleh En. Mohd Faizal bin Che Amat (Pengurus) dan 2 orang Tenaga Pengajar iaitu En. Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari dan Puan Sabrina binti Abdul Rahim.

Barisan pelatih Solekan & Terapi Kecantikan bersama Pengurus dan Tenaga Pengajar.

Walaubagaimanapun, persaingan yang sengit serta pemarkahan yang ketat, seorang peserta Solekan dan Terapi Kecantikan, Mary Emelda ak Rigok telah berjaya ke Peringkat Akhir PKM dimana beliau telah dilatih sepenuhnya oleh Puan Sabrina binti Abdul Rahim, Tenaga Pengajar Solekan & Terapi Kecantikan GIATMARA Sri Aman. Pertandingan Akhir bakal diadakan pada Julai ini.

Pelatih Teknologi Sistem Komputer bersama Tenaga Pengajar.

Selain itu, GIATMARA Sri Aman menyediakan latihan separuh masa dalam bidang yang sama melalui pendekatan “Life Long Learning” (3L) iaitu konsep pembelajaran sepanjang hayat. Terbaru, Program Latihan 1 Malaysia bakal bermula pertengahan Jun ini dengan menawarkan kursus Solekan & Terapi Kecantikan dan Teknologi Sistem Komputer. Kursus jangkamasa pendek ini menekankan tentang modul ringkas tetapi peserta hanya perlu membayar RM1 sejam untuk latihan. Di akhir latihan, peserta akan memperolehi Sijil Latihan 1 Malaysia.

Banyak nilai kehidupan yang diperolehi sepanjang masa di GIATMARA

Berbalik kepada permohonan sepenuh masa. Syarat-syarat kemasukan adalah :
• Bumiputera Warganegara Malaysia
• Sihat Tubuh Badan
• Berumur 16 tahun ke atas
• Boleh Membaca & Menulis
• Minat dalam bidang yang dipohon

Sertai kami dalam kursus Solekan & Terapi Kecantikan

Justeru, belia-belia dipelawa untuk menyertai Latihan Kemahiran di GIATMARA Sri Aman kerana permohonan telah dibuka sekarang. Borang Permohonan boleh diperolehi di GIATMARA Sri Aman atau boleh dimuat-turun di laman web www.giatmara.edu.my ataupun di Laman Blog GM Sri Aman iaitu http://gmsriaman.blogspot.com.


Sertailah GIATMARA Sri Aman dan realisasikan impian kemahiran anda! Layari Laman Blog GM Sri Aman untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti di GIATMARA Sri Aman.

Wednesday, January 7, 2009

Pelatih Baru Mula Mendaftar


Antara Pelatih Baru Intake Tok

Akhernya pelatih baru mula mendaftarkan diri ke GIATMARA Sri Aman dan intake kali tok lebih rami dari sebelumnya. Yang pastinya, untuk kursus dibawah jagaan aku, hanya ada 9 orang pelatih lelaki berbanding 10 perempuan. Apapun, tugas aku kali tok akan lebih mencabar dan aku rasakan toklah permulaan terbaik untuk aku curahkan segala ilmu aku untuk sidakya semua.

Bacaan Doa Perhimpunan Pagi


Semakan Kehadiran oleh Cikgu Sabrina


Berbeza dengan pelatih kursus Solekan & Terapi Kecantikan, intake kali tok adalah sejarah untuk sidak sebab pertama kalinya 23 orang akan menyertai latihan. Sungguhpun demikian jumlah tersebut siklah mencabar gilak berbanding aku sebab kursus Kecantikan miliki duak orang cikgu berbanding aku yang sekda partner lalu.


Khusyuk lah tek..

Latihan Perbarisan Pagi Tadik


Nana & Awang.. Antara Pelatih Lanjutan yang masih disimpan.

Semoga intake tok dapat jadi intake terbaik dalam usaha aku menjadi lebih berketerampilan dan berdaya saing. Yerdehh..

Wednesday, October 15, 2008

My Student....

Well, bila aku dah sekda idea maok blogging, aku akan jadi fedap. Adfa 4 item yang terlintas di idea aku dalam dua ari tok tapi oleh kerana aku tek lupak maok tuliskan apa yang aku ingin submit dalam blog, semuanya macam berlalu begitu sahaja.

Dalam post kali tok aku just masokkan gamabr student ku rah GM Sri Aman. Susah juak jaga student tok tapi aku suka dapat kongsi ilmu pengetahuan dengan sidakya..

Senang gik jaga miak sekolah dari jaga sidak tok.



My class start at 8.00 and finish at 5.00. Most of aku pun task ialah provide sidak technical skill so tek sidak tek dapat kuasai kemahiran terhadap sesebuah sistem komputer.

Wednesday, September 17, 2008

Tradisi Kad Raya

Kad Raya telah menjadi tradisi sejak zaman dahulu lafi. Adapun dengan perkembangan zaman yang semakin menuntut segala penyebaran maklumat di hujung jari, Kad Raya semakin dilupakan peranannya dalam menzahirkan keeratan silaturrahim sesama umat Islam. Walaupun tiada tuntutan dalam al-Quran tetapi kebaikan jelas terserlah bilamana kad raya menjadi medium ingatan kepada sesiapa sahaja yang menerimanya.

Kebanjiran dan lambakan kad raya digital, teknologi YM dan instant messagging yang lain dan tak dilupakan teknologi SMS, MMS dan 3G menyebabkan semakin berkurangnya penghantaran kad raya tatkalai menjelangnya Aidilfitri.

Namun, tahun ini aku masih lagi melakukan design sendiri untuk kad raya ini. Setelah berkerja di GM Sri Aman, ini adalah hasilan sulung dari aku untuk edisi Raya 2008. Aku taklah sehebat graphic-graphic designer yang ada pada pasaran masa ini. Tapi bagi aku, aku ada identiti untuk setiap hasilan kerja aku.

Outer 1: Ada gambar masjid and logo GM Sri Aman dihiasi kerwang yang simple dan bintang seta bulan
Outer 2: Kerawang yang simple, alamat GM Sri Aman dan potrait hadapan GM.

Inner 1: Ruangan ucapan yang kosong berlatarkan gambar GM Sri Aman

Inner 2 : Gambar Staf serta corak bunga harmoni

Kad -kad ni nak kena hantar dalam minggu ni jugak... Ganbate kudasai!

Saturday, May 3, 2008

My First Day at Work!

It's a Friday morning. A Sayyidul-Ayyam, a leader of all day! I'm so anxious and pretty nervous to register myself as educator at GIATMARA. I've arrive at GIATMARA Bandar Kuching at early 7.20 a.m and just being called to attend staff meeting although I've not register yet.

5 candidates has being selected in the earlier interview in March.
  • Isya (Metal Fabrication at GM Betong)
  • Rashid (Food Management & Pastry at GM Bandar Kuching)
  • Irnawaty (Hair Stylish at GM Petra Jaya)
  • Sabrina (Beauty & Hair Stylish at GM Sri Aman)
  • Me (Computer System Technician at GM Sri Aman)
Mdm. Laila has brief out all the important things and working agreement including salary.After agreed with the offer, we spend our time with GM State Manager, Mej. Baharuddin. We all have been asked to stay a week in Kuching to do some mock teaching and adminstration.

My day last by doing medical checkup at Kuching Specialist Hospital.

Well, I'm now an official GIATMARA Malaysia Staff!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails