Sunday, May 11, 2008

Manchester United akan muncul juara!

Manchester United bakal bergelar juara malam ini apabila berdepan dengan Wigan Atheletics. Apa yang diperlukan hanya 1 gol untuk bergelar juara! Seteru utama MU, Chelsea pula berdepan dengan misi mustahil apabila menentang Bolton Wonderers. Chelsea memerlukan lebih dari 15 gol untuk menafikan impian united bergelar juara kali ke 14 dalam kancah EPL.

United akan dimahkotakan juara liga buat kali kesepuluh di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson jika mereka menewaskan pasukan Wigan atau jaringan mereka lebih baik dari keputusan terakhir perlawanan antara Chelsea dan Bolton di Stamford Bridge.

''Kami menghadapi perlawanan bertemu West Ham dengan tenang minggu lalu dan sekarang kami perlu melakukan perkara yang sama bertemu Wigan. Menjaringkan gol awal merupakan satu kelebihan tetapi kami yakin akan memenangi liga ini. Saya yakin kami akan melakukan yang terbaik musim ini dan melangkah jauh dalam kedua-dua kejohanan tersebut.

Wigan yang di bawah bimbingan bekas ketua pasukan United, Steve Bruce, telah berjaya keluar dari zon penyingkiran apabila menang 2-0 ke atas Aston Villa untuk mengesahkan tempat mereka di dalam liga musim depan.

Sejak layak ke Liga Perdana England 2005, Wigan telah bertemu dengan United sebanyak enam kali dalam perlawanan liga dan piala dengan kesemuanya tewas tetapi selepas seri dalam perlawanan menentang Liverpool, Arsenal dan Chelsea, mereka semakin menunjukkan peningkatan di bawah Bruce, yang berjaya membawa kejayaan selepas Chris Hutchings dipecat November lalu.


Berbeza dengan pasukan penakut, Chelsea yang mahu mengubah tradisi EPL dengan kenyataan pelik. Avram Grant mahu penentuan juara Liga Perdana England diputuskan menerusi perlawanan playoff jika Chelsea dan Manchester United menang perlawanan terakhir hari ini yang bakal meletakkan kedua-duanya terikat sama mata. Namun keangkuhan Chelsea mungkin tidak akan dilayan oleh FA England kerana "Rules is Rules".


Sungguhpun Avram Grant menegaskan bahawa kebelebihan gol adalah cara yang tidak adil kerana juara diputuskan berdasarkan pencapaian keseluruhan musim, pencapaian sesuatu pasukan sepanjang musim adalah dipengaruhi dengan jumlah gol.

Chelsea harus sedar kini bahawa strategi mereka memenangi perlawanan dengan jumlah gol yang kecil dan bertahan sepanjang 90 minit kini memakan diri mereka sendiri.




Akhir kata, Glory Glory Man United!

Manchester United!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails